Kerjaaya antarabangsa Lucas Hernández

Hernández beraksi untuk Perancis pada tahun 2018.

Hernández melakukan penampilan pertamanya untuk Perancis pada 6 Mac 2012 semasa beliau mewakili pasukan bawah-16 menentang Itali dalam perlawanan persahabatan yang mana beliau beraksi selama 90 minit. Pada tahun 2014, beliau tampil beraksi untuk pasukan bawah-18 dan bawah-19. Pada tahun berikutnya, beliau terpilih dalam Pasukan Terbaik Kejohanan Bola Sepak Eropah Bawah-19 UEFA 2015.[26]

Pada Mac 2018, Hernández telah dipanggil oleh pengurus skuad senior, Didier Deschamps untuk menghadapi perlawanan persahabatan menentang Colombia dan Rusia.[27] Beliau melakukan kemunculan sulungnya ketika menentang Colombia selepas beliau menggantikan Lucas Digne pada 14 minit terakhir yang berakhir dengan kekalahan Perancis 2-3 di Paris.[28]

Hernández terpilih untuk mewakili Perancis ke kejohanan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia pada 17 Mei 2018.[29] Beliau melakukan kemunculan sulungnya dalam kejohanan itu pada 16 Jun dengan beraksi sehingga wisel penamat pada perlawanan peringkat kumpulan menentang Australia.[30] Seterusnya, beliau tampil dalam setiap perlawanan Perancis dalam kejohanan itu sehinggalah pasukannya merangkul trofi Piala Dunia.[31][32]

Rujukan

WikiPedia: Lucas Hernández http://en.atleticodemadrid.com/noticias/lucas-rene... http://www.bdfutbol.com/en/j/j%7B%7B%7Bid%7D%7D%7D... http://clubatleticodemadrid.com/noticias/el-atleti... http://www.clubatleticodemadrid.com/noticias/lucas... http://kwese.espn.com/football/france/story/342095... http://www.goal.com/en/match/lhospitalet-vs-atl%C3... http://www.marca.com/2014/10/11/futbol/equipos/atl... http://www.marca.com/eventos/marcador/futbol/2013_... http://www.marca.com/eventos/marcador/futbol/2014_... http://www.mundodeportivo.com/20130614/atletico-ma...